PRN Melaka: BN menang besar 21 kerusi DUN Melaka

PRN Melaka: BN menang besar 21 kerusi DUN Melaka

Melaka: Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan majoriti besar selepas secara rasmi menguasai 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang media khas pada jam 11.27 malam tadi.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi, manakala dua kerusi lagi dimenangi Perikatan Nasional (PN).

Secara keseluruhan, katanya seramai 326,068 atau 65.85 peratus pengundi di Melaka menunaikan tanggungjawab membuang undi sepanjang proses pengundian PRN Melaka.

“Jumlah ini merangkumi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos. Secara keseluruhan SPR berpuas hati terhadap proses pengundian PRN Melaka,” katanya.

Sementara itu, BN disytiharkan berjaya membentuk kerajaan baharu negeri Melaka pada jam 9.42 malam tadi selepas secara rasmi memenangi 15 kerusi atau lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi DUN Melaka.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|