Polis siasat lelaki warga Pakistan hilang

Polis siasat lelaki warga Pakistan hilang

Lahad Datu: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu sedang menyiasat kehilangan seorang lelaki warga Pakistan yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, lelaki berusia 32 tahun terbabit dikenali sebagai Shahidullah Gul Bacha.

Katanya, kehilangan lelaki terbabit disedari bapa saudara mangsa yang melawat ke rumahnya pada jam 7.30 malam 23 November lalu.

“Lelaki yang dilaporkan hilang ini dikatakan tidak balik ke rumahnya dan gagal ditemui sehingga kini.

“Sehubungan itu, mana-mana pihak yang menemui lelaki ini diminta memaklumkan kepada pihak polis dalam kadar segera,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, berita terbabit tular berikutan satu kenyataan di media sosial yang mendakwa seorang wanita yang dikatakan isteri warga Pakistan terbabit turut hilang sejak 20 November lalu.

Kenyataan berkenaan mendakwa lelaki warga Pakistan berkenaan turut mengaku isterinya tidak pulang ke rumah dan tidak tahu di mana isterinya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|