Polis minta bantuan kesan tahanan masih lolos

Polis minta bantuan kesan tahanan masih lolos

Penampang: Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tahanan yang diburu selepas melarikan diri dari Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, tahanan yang masih bebas ialah Mohd Rahman Basir, 24, yang sebelum ini ditahan atas kesalahan membabitkan jenayah dadah.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Pihak polis juga menasihati orang ramai supaya tidak bertindak melindungi tahanan terbabit kerana ia boleh menyebarkan dan menjangkiti virus Covid-19 kepada komuniti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, empat tahanan yang disahkan positif Covid-19 dikesan melarikan diri dari pusat kuarantin ILMAN.

Bagaimanapun, tiga daripada tahanan berjaya ditahan semula pada jam 5.45 petang di Taman Wijaya, Manggatal.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|