Polis cari lelaki ini

Polis cari lelaki ini

Kota Kinabalu: Seorang lelaki diburu selepas memuat naik satu rakaman menerusi laman Youtube yang bertajuk ‘Sabah Must Watch! Biopolitik Tokoh Rasis Pemecah Perpaduan Sabah’, bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan dijalankan berdasarkan satu laporan polis yang diterima daripada seorang pengadu.

Katanya, siasatan awal rakaman berkenaan memaparkan ucapan berbentuk provokasi terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

“Dalam ucapannya, lelaki terbabit menuduh Dr Jeffrey sebagai seorang rasis dan memiliki ijazah kedoktoran daripada Universiti Harvard yang meragukan.

“Selain itu, lelaki terbabit turut mengeluarkan kenyataan bahawa Dr Jeffrey sebagai punca perpecahan kaum di Sabah,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, lelaki terbabit yang juga mengaku sebagai wakil suku kaum Bajau Suluk turut menuduh Dr Jeffrey sebagai punca utama suku kaumnya dibenci.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu yang mengeluarkan kenyataan ini supaya disalurkan kepada polis untuk tindakan segera.

“Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor P Palaninathan ditalian 016-4122835 atau 088-529222,” katanya.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|