Pinjaman PPS beri pilihan kepada penjawat awam miliki rumah

Pinjaman PPS beri pilihan kepada penjawat awam miliki rumah

Kota Kinabalu: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menyambut baik pengumuman Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi kebenaran kepada Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) untuk menyediakan pinjaman perumahan kepada penjawat awam negeri.

Presidennya, David Chan, berkata kemudahan pinjaman itu memberi pilihan kepada kakitangan kerajaan negeri untuk memiliki rumah sendiri menerusi pembiayaan ditawarkan agensi kewangan milik kerajaan.

Katanya, pada masa ini banyak rumah yang dibina agak mahal harganya dan ini menyukarkan penjawat awam untuk memiliki rumah tanpa sokongan kemudahan pinjaman yang disediakan kerajaan.

“Rumah adalah keperluan asas yang amat penting dalam kehidupan manusia pada hari ini.

“Persatuan Pengguna Bijak Sabah tahu yang kerajaan GRS di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji sentiasa mengambil berat mengenai keperluan rakyat mendapatkan perumahan yang selesa dan mampu milik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas beliau, perumahan yang dibina akan memberi keutamaan kepada golongan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Tambah David lagi, pinjaman itu juga boleh menggalakkan kakitangan kerajaan untuk mendorong bekerja lebih keras.

Sementara itu, David turut menyambut baik pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam yang mengumum peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk meneruskan projek perumahan untuk golongan berpendapatan rendah.

“RM2 bilion untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi membantu golongan tiada pendapatan tetap membeli rumah,” ujar beliau lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|