Piala BMR: Pendalaman Atas juara Piala Datuk Seri BMR

Piala BMR: Pendalaman Atas juara Piala Datuk Seri BMR

Kota Kinabalu: Pasukan zon Pendalaman Atas berjaya merangkul Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin (BMR) bawah 18 tahun selepas menewaskan pasukan zon Pantai Barat Selatan (PBS) pada aksi final di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa tambahan.

Sepakan penalti berakhir dengan kemenangan 3-1 kepada Pendalaman Atas dan sekali gus membawa pulang Piala BMR, Piala Iringan dan hadiah kemenangan berjumlah RM30,000.

PBS yang terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara membawa pulang hadiah kemenangan RM20,000 manakala tempat ketiga dimenangi zon tengah yang menewaskan Pantai Timur Utara 3-0 untuk membawa pulang hadiah kemenangan RM5,000.

Pasukan Pantai Timur Utara yang memenangi tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 bersama piala.

Hadiah disampaikan Pembantu Menteri Kewangan merangkap Bendahari Agung Pasukan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Jasnih Daya dan Setiausaha Agung Datuk Dr Jelani Hamdan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|