PGU Sabah laksana penerbangan ihsan ke Kuching

PGU Sabah laksana penerbangan ihsan ke Kuching

Kota Kinabalu: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah hari ini melaksanakan penerbangan ihsan bodevac bagi membawa jenazah anggota polis dari Pangkalan PGU Sabah ke Kuching, Sarawak.

Jenazah Koperal Hassan Sapar adalah anggota dari Kompeni A Battalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah dan disahkan meninggal dunia pada 28 Oktober di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini.

Komander Pangkalan PGU Sabah Asisten Komisioner Ahmad Lokman Abdul Hadi berkata, jenazah diterbangkan ke Kuching Sarawak untuk disemadikan di kampung halaman menggunakan pesawat Cessna Caravan CE208 9M-PSQ milik PGU Pangkalan Sabah.

“Penerbangan Ihsan ini adalah salah satu penugasan penting oleh PGU bagi membantu meringankan beban dan juga menjaga kebajikan pegawai dan anggota yang menimpa musibah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kru penerbangan yang terbabit di dalam penugasan ini adalah Deputi Superintendan Peter AK Francis Rudin sebagai kapten pesawat dibantu oleh Asisten Superintendan Chan Chee Veng pembantu juruterbang dan pemerhati udara bertugas Sub Inspektor Benjamin Sabddin.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|