PETRONAS beri taklimat kepada Kabinet Sabah

PETRONAS beri taklimat kepada Kabinet Sabah

Kota Kinabalu: Jemaah Menteri Kabinet Sabah hari ini diberikan taklimat mengenai operasi PETRONAS termasuk berkaitan perniagaan gas asli cecair (LNG) yang dikendalikan syarikat minyak dan gas negara itu.

Taklimat yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu itu disampaikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik.

Taklimat hari ini adalah susulan pertemuan Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri dengan pengurusan kanan PETRONAS di Kuala Lumpur pada 24 Ogos lalu.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Gas & Tenaga Baharu PETRONAS), Adnan Zainol Abidin; Naib Presiden Kanan Strategi Korporat, Mazuin Ismail; Naib Presiden LNG Assets, E Abang Yusuf Abang Puteh.

Hadir sama ialah Ketua Pengurusan Integrated Hydrocarbon, Aidid Chee Tahir; Pengurus Penasihat Perniagaan (Upstream, Corporate Strategic Planning), Masnizah Supu dan Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

Ia adalah taklimat pertama PETRONAS kepada Kabinet negeri sejak kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih tampuk pemerintahan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|