Pesuruhjaya Polis Sabah terima kunjungan hormat Kepolisian Negara Republik Indonesia

Pesuruhjaya Polis Sabah terima kunjungan hormat Kepolisian Negara Republik Indonesia

Kota Kinabalu: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali telah menerima kunjungan hormat daripada Kepolisian Negara Republik Indonesia di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, pada 9 pagi, hari ini.

Kunjungan hormat itu diketuai oleh Pegawai Staf Teknis Polri, AKBP Agus Siswanto bersama Pegawai Penghubung Tentera Indonesia Kota Kinabalu/Indonesia Liaison Officer TNI Kota Kinabalu, Letnan Kolonel Chb Roma Ulianth Paul, Pegawai Penghubung Tentera Indonesia Tawau/Indonesia Liaison Officer TNI Tawau, Mayor Inf Edy Joko.

Turut hadir kunjungan hormat itu Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah, Senior Asisten Zabidi Md Zain, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam (KJKA) IPK Sabah, Asisten Komisioner Khalid Saion dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sabah, Lam Thiam Huat.

Dalam pertemuan setengah jam itu membincangkan beberapa perkara berhubung isu keselamatan perairan, penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia.

Kunjungan hormat berkenaan dilaksanakan dengan mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|