Aktiviti ziarah keluarga cetus kluster

Aktiviti ziarah keluarga cetus kluster

Kota Kinabalu: Negeri Sabah mencatatkan dua kluster baharu hari ini dengan salah satunya dipercayai mendapat jangkitan daripada komuniti ketika mengadakan aktiviti menziarahi keluarga.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster itu berlaku di Kota Belud melibatkan Kluster Siasau Dundau dan juga Kluster Pintasan.

“Kluster Pintasan mula dikesan mula dikesan di Hospital Kota Belud apabila kes indeks, wanita, 35, dari Kampung Taun Gusi Keranjangan disahkan positif Covid-19 pada 30 Jun lalu.

“Berdasarkan siasatan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan dari komuniti ketika menziarahi keluarga di Kampung Pintasan pada 25 Jun lalu

“Jumlah kumulatif adalah sebanyak 18 kes,”katanya.

Menurut beliau, bagi Kluster Siasau Dundau dipercayai kesi indeks merupakan seorang wanita berusia 24 tahun dari Kg Siasai Dundau disahkan positif pada 28 Jun lalu dengan susulan pengesanan mendapati jumlah kumulatif sebanyak 18 kes.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, untuk perkembangan semasa Covid-19 di Sabah, pihaknya mencatatkan 244 kes.

“Ia telah menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 71,189 kes setakat ini.

“Tiada kes kematian direkodkan pada hari ini,”katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|