Hajiji zahir sokongan pelantikan TPM

Hajiji zahir sokongan pelantikan TPM

Kota Kinabalu: Pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob amat bersesuaian dalam menjawat potfolio kedua tertinggi dalam negara.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) selaku Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, pelantikan itu adalah amat bertepatan kerana keibawaan beliau menjawat posisi penting dalam kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, begitu juga pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien selaku Menteri Kanan Luar Negeri yang turut dilihat bakal memberikan impak positif terhadap pentadbiran kerajaan sedia ada.

Jelasnya, kedua-dua pelantikan itu juga menerima sokongan daripada GRS yang kini mengemudi kerajaan negeri.

“Kita percaya menerusi pelantikan ini bakal menguatkan lagi Perikatan Nasional (PN).

“Dalam masa yang sama, ia juga memberikan negara terus fokus kepada usaha menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, sebentar tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan rasminya sebentar tadi mengumumkan Menteri Kanan bagi Kluster Keselamatan itu dilantik sebagai jawatan nombor dua pentadbiran negara yang berkuatkuasa serta merta.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien turut dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri yang mengetuai Kluster Keselamatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|