Persidangan DUN Sabah ditunda ke 21-23 September

Persidangan DUN Sabah ditunda ke 21-23 September

Kota Kinabalu: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang sebelum ini dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa depan ditangguhkan ke 21 hingga 23 September.

Penangguhan itu dimaklumkan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, satu Warta Kerajaan berhubung perubahan itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong bertarikh 17 Ogos selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Berdasarkan warta berkenaan, penangguhan dilakukan kerana mengambil kira keadaan semasa yang tidak mengizinkan untuk persidangan DUN diadakan minggu depan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|