Perlawanan amal kutip derma

Perlawanan amal kutip derma

Kota Kinabalu: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengadakan perlawanan amal menentang pasukan Referee Bandaraya Kota Kinabalu (RBKK) di pejabat SAFA, kelmarin.

Perlawanan membabitkan petugas pengurusan SAFA dan pengadil bandaraya ini antara lain bertujuan mengutip derma untuk disumbangkan kepada Ardi Sida, pengadil kebangsaan dari Sabah yang dilaporkan baru saja kehilangan bapanya, baru-baru ini.

Simbolik penyerahan persahabatan antara Setiausaha Eksekutif SAFA David Wisom dan Pengerusi RBKK Majid Madarin.

Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom berkata, matlamat penganjuran perlawanan persahabatan amal ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan bersama dalam kalangan petugas membabitkan sukan bola sepak di Sabah.

Katanya, ia secara tidak langsung dapat membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

Hasil kutipan derma pada perlawanan amal berkenaan diserahkan oleh Setiausaha Eksekutif David Wisom kepada Ardi Sida.

“Perlawanan ini juga penting dalam membina hubungan yang baik antara SAFA dan masyarakat.

“Ia juga sebagai penghargaan kepada sumbangan yang dicurahkan Arbi dalam dunia bola sepak di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan, malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi RBKK Majid Madarin berkata, sumbangan amal ini adalah salah satu usaha membantu rakan yang sedang dalam kesusahan.

Katanya, dalam perlawanan itu sebanyak RM550 berjaya dikutip dan seterusnya disampaikan kepada beliau selepas selesai perlawanan yang berkesudaham dengan keputusan 7-5 yang dimenangi RBKK.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|