Mayat wanita dibaham buaya ditemui

Mayat wanita dibaham buaya ditemui

Tawau: Seorang wanita yang dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang ketika mandi di Kampung Serudung Laut, Kalabakan, di sini, semalam ditemui meninggal dunia, hari ini.

Mayat Fosanih Nansel, 22, ditemui kira-kira jam 8 pagi tadi, 300 meter dari lokasi mangsa dikatakan hilang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai lapan anggota dan pegawai dikerah untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Katanya, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang turut dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi mencari mangsa.

“Usaha mencari mangsa kemudiannya giat dijalankan sejak malam tadi namun terpaksa dihentikan sebelum disambung pagi tadi.

“Mangsa ditemui orang awam, hari ini, sebelum memaklumkan kepada pasukan JBPM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan operasi SAR ditamatkan pada jam 10.27 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petangsemalam, mangsa dikatakan sedang melakukan aktiviti mandi sungai berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang dipercayai diserang oleh seekor buaya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|