Peralatan dan kelengkapan pelombong emas haram ditemui

Peralatan dan kelengkapan pelombong emas haram ditemui

Lahad Datu: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menemui peralatan dan kelengkapan dipercayai milik pelombong emas haram di Sungai Bole Ulu Segama-Malua, di sini, semalam.

Dalam operasi Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan jam 8 pagi itu, pelbagai barangan termasuk makanan dan pakaian turut ditemui.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, operasi diketuai Timbalan Komander Briged Sabah Asisten Komisioner Toipi Lamat bersama Jabatan Perhutanan.

Katanya, hasil pemantauan, pasukan operasi berjaya menemui semua barangan berkenaan yang disembunyikan di dalam banir di sebuah pokok kayu balak besar.

Katanya, pihaknya percaya semua barangan berkenaan milik pelombong haram berdasarkan penemuan dump peralatan melombong emas.

“Turut ditemui barangan peribadi seperti pakaian dan bahan makanan yang disimpan di kawasan berkenaan untuk kegunaan individu yang menjalankan aktiviti melombong emas secara haram.

“Semua peralatan dan kelengkapan berkenaan kemudiannya dimusnahkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rani berkata, laporan polis sudah dibuat bagi tujuan rekod dan tindakan lanjut daripada agensi berkaitan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|