Penghantar makanan Foodpanda maut kemalangan

Penghantar makanan Foodpanda maut kemalangan

Tawau: Seorang pekerja penghantar makanan Foodpanda maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan Jip di Batu 3, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Mohd Ramdhan Shah Abas@Azmi, 26, yang menunggang motosikal jenis Yamaha dari arah Jalan Apas, menuju ke pusat bandar, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Ak Umbuas berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Jip yang menuju ke Tawau Lama dengan membawa muatan membuat pusingan U di Batu 3.

Katanya, pemandu Jip itu dipercayai keluar secara tiba-tiba dari simpangan pusingan U hingga menyebabkan penghantar makanan yang berada di jalan lurus tidak dapat mengelak lalu terlanggar bahagian tengah Jip berkenaan.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa terpelanting ke bahu jalan dan maut di lokasi kemalangan manakala pemandu Jip lelaki berusia 51 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Tawau dan bedah siasat dijalankan selepas keputusan ujian Covid-18 diperoleh,” katanya di sini, hari ini.

Peter berkata, pemandu Jip kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

Difahamkan, arwah meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan yang baru berusia lima bulan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|