Penggiat media sosial Sabah bantu sampaikan maklumat, fakta betul

Penggiat media sosial Sabah bantu sampaikan maklumat, fakta betul

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta penggiat media sosial membantu kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat dan fakta yang betul berhubung dasar kerajaan dan isu semasa yang berkaitan.

Beliau berkata demikian ketika bersama penggiat sosial media di negeri ini menerusi Majlis Ramah Mesra Social Media Influencers yang dianjurkan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Hajiji bertemu dan beramah mesra dengan penggiat media sosial Sabah di SICC Kota Kinabalu.

Hajiji dalam pada itu turut menerangkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Belanjawan Negeri Sabah 2022 dan usaha serta cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam mendepani pandemik Covid-19.

Antara penggiat media sosial berpengaruh yang hadir ialah Duyung Darat, Ben Uzair, Tumatik, Laki-Laki Kacak 2, Tinimungon Tangon Kadazan Dusun, Eylia Guntabid, Dabra Sia, Rosario Bianis, Angelica Paujin, Maldini, Fanzi Ruji, Keddy Mahdfuz, Wehanida, Tashri Abdullah Cyrill, Clyrie von Derek dan Gabriella Rachel.

Majlis yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) itu semalam, turut dihadiri Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Seri Safar Untong, Pengarah IKRAR, Azrul Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Inovasi Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah, Prof Madya Dr Ramzah Dambul dan Pengurus Besar Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC), Viviantie Sarjuni.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|