Ular sawa kenyang telan dua ekor kucing ditangkap

Ular sawa kenyang telan dua ekor kucing ditangkap

Kota Kinabalu: Seekor ular sawa sepanjang lebih tiga meter yang kekenyangan selepas menelan dua ekor kucing berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Melawa Jaya, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, ular sawa batik berkenaan berjaya ditangkap di dalam sangkar yang menempatkan tiga ekor kucing.

Ular sawa batik sepanjang lebih tiga meter ditangkap selepas menelan dua ekor kucing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian mendapati, terdapat seekor ular sawa batik berada di dalam sangkar kucing.

Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa ular sawa untuk diserahkan kepada pihak berkenaan.

“Ular sawa berkenaan dipercayai menelan dua ekor kucing manakala seekor lagi kucing mati di dalam sangkar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Agustavia berkata, pasukan bomba terus menjalankan operasi menangkap ular berkenaan dengan menggunakan peralatan ‘snake catcher’.

Pasukan bomba menjalankan operasi menangkap ular sawah.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 9.08 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|