Penganggur berdepan dua pertuduhan sumbang mahram

Penganggur berdepan dua pertuduhan sumbang mahram

Labuan: Seorang lelaki berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Labuan, hari ini atas kesalahan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Penganggur berusia 45 tahun itu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah keluarga terbabit sejak awal April lalu.

Setakat ini, tiada sebarang pengakuan direkod daripada suspek.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Kes didakwa di hadapan Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad.
 
Difahamkan, sebutan semula kes akan dijalankan pada 14 Febuari 2022 dan tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan.

Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa, Asisten Superintendan Francisca Duliat.
 
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa melaporkan sebarang kejadian jenayah yang diketahui kepada pihak polis.

Katanya, polis memandang serius setiap kes jenayah yang berlaku termasuklah kes jenayah seksual dan keganasan rumah tangga yang menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|