Penduduk Pulau Gaya dipelawa dapatkan vaksin secara walk-in di SMK Pulau Gaya

Penduduk Pulau Gaya dipelawa dapatkan vaksin secara walk-in di SMK Pulau Gaya

Kota Kinabalu: Penduduk Pulau Gaya, di sini yang belum menerima vaksin Covid-19 dipelawa untuk mendapatkan suntikan vaksin yang dibuat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya, bermula hari ini.

Berdasarkan maklumat dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), program jangkauan luar vaksinasi Covid-19 itu berterusan sehingga 11 September ini, bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Program berkenaan yang terbuka kepada penduduk warga negara dan bukan warga negara diadakan secara ‘walk-in’ atau tanpa temu janji, iaitu diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas yang tiada temu janji melalui MySejahtera.

Penduduk hanya perlu mematuhi beberapa syarat berkaitan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.

Antaranya, mereka yang hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) di SMK Pulau Gaya itu mestilah bukan kontak rapat kes positif Covid-19, bukan kes aktif Covid-19, bukan dikuarantin dan bukan menunggu keputusan swab ujian saringan Covid-19.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|