Bakul makanan giat diagih: Shahelmey

Bakul makanan giat diagih: Shahelmey

Lahad Datu: Lebih 500,000 bakul makanan di Negeri Sabah yang telah diagihkan dan akan diteruskan terutama di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan golongan yang dikuarantin di rumah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata Kerajaan Negeri Sabah telah mengenal pasti kawasan-kawasan terlibat dan penduduk yang memerlukan bantuan makanan.

“Jumlah bakul makanan di negeri Sabah pada tahun ini sudah melebihi 500,000 diagihkan kepada mereka yang telah ditetapkan iaitu iaitu e-Kasih, B40, mereka yang kenakan kuatantin di rumah dan juga kawasan kawasan yang diberi ataupun dikenakan PKPD,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Perdana Lahad Datu pada Rabu.

Mengulas lanjut, Shahelmey berkata, mengikut kriteria sekarang, ketetapan tersebut (bakul makanan) adalah diutamakan kepada mereka yang dikenakan kuarantin di rumah dan kawasan dikenakan PKPD.

“Ia mengikut kriteria yang ditetapkan, jadi dalam keadaan semasa sekarang ini kita bagi kepada mereka yang dikenakan kuarantin dirumah dan juga kawasan kawasan yang diberikan PKPD.

“Jadi jumlah bakul makanan itu adalah jumlah yang dikatakan moving time dia berubah dari masa ke semasa bergantung kepada jumlah yang dikenakan tadi,” katanya.

Dalam pada itu Shahelmey memberitahu tahap kesedaran penduduk Sabah terhadap kepentingan mengambil vaksin sudah semakin baik.

Jelasnya, ini terbukti melalui jumlah orang ramai yang datang ke pusat PPV adalah kebanyakkan terdiri daripada mereka yang menunggu untuk dos kedua.

Tambah beliau lagi, rata-rata rakyat turut dilihat bersedia untuk mengambil vaksin dos tunggal iaitu jenis CanSino .

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|