Penampang tenggelam kali kelima

Penampang tenggelam kali kelima

Penampang: Insiden banjir di daerah ini seakan tiada penghujungnya apabila hari ini, Penampang sekali lagi dilanda banjir buat kali ke lima sepanjang tahun ini.

Walaupun ia tidak pernah membabitkan kehilangan nyawa namun kesan lain seperti kerosakkan harta benda sudah pastinya menimbulkan kesedaran tinggi untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Kesan banjir bukan saja sering ‘mengganggu’ kawasan perkampungan, malah banyak pejabat agensi kerajaan dan swasta serta premis perniagaan turut terjejas akibat banjir.

Untuk rekod, kejadian banjir terakhir dilaporkan sebelum ini berlaku pada 15 September lalu sehingga mengakibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit.

Semoga keadaan ini bukan saja kembali seperti sedia kala tetapi juga cerita banjir hanya menjadi kenangan buat selama-lamanya.

Hari ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dilaporkan turut dilanda banjir dan masih digenangi air sehingga jam 11 pagi.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan, banjir dilaporkan berlaku berikutan hujan lebat sejak awal lagi tadi.

Sehubungan itu katanya, masyarakat di Daerah Penampang dan Putatan khususnya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati terutamanya di kawasan yang terjejas.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|