Beaufort: Pasukan Gerakan Am (PGA) terus memantapkan lagi usaha menjejaki kegiatan pemburuan haram di kebanyakan hutan simpan di negeri ini.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, dalam perkembangan terbaru, pihaknya mengesan satu lokasi dipercayai digunakan untuk aktiviti pemburuan haram.
Katanya, operasi yang dijalankan bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah itu berjaya menemui sebuah pelantar dan kelongsong peluru ‘shotgun’.
“Pelantar berkenaan digunakan untuk meninjau keadaan di sekitar hutan simpan berkenaan bagi memudahkan aktiviti pemburuan haiwan.
Beberapa kelongsong peluru jenis ‘shotgun’ ditemui di sekitar pelantar berkenaan
“Selain itu, penemuan kelongsong peluru ‘shotgun’ itu juga jelas menunjukkan wujudnya aktiviti itu di hutan simpan ini,” katanya dihubungi, hari ini.
Mohd Abduh berkata, pasukan operasi kemudiannya terus bertindak merobohkan menara tinjau berkenaan dan mengambil semua kelongosng peluru berkenaan untuk membantu siasatan lanjut.
Katanya, semua bahan bukti berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan selanjutnya.
-Deasoka