Pemandu tersepit kenderaan rempuh kerbau

Pemandu tersepit kenderaan rempuh kerbau

Tuaran: Seorang pemandu van berdepan detik cemas apabila tersepit di dalam kenderaannya selepas merempuh seekor kerbau dalam kejadian di Kampung Telibong, Jalan Tamparuli, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun bagaimanapun berjaya diselamatkan dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pasukan bomba dan penyelamat menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.02 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

“Sebaik berjaya dikeluarkan, mangsa terus diberikan rawatan awal operasi pasukan EMRS,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 5.46 pagi tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|