Pemandu terselamat, kenderaan rempuh gerai

Pemandu terselamat, kenderaan rempuh gerai

Tuaran: Seorang pemandu lelaki terselamat selepas kenderaan yang dipandu merempuh sebuah gerai di Kampung Batutai, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa remaja belasan tahun yang memandu seorang diri dikatakan gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas ke bahu jalan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.27 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati mengalami kecederaan dan terus diberikan rawatan awal.

“Mangsa yang dilaporkan stabil kemudian terus dihantar ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba seterusnya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 7.10 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|