Pemandu parah kereta bertembung lori treler

Pemandu parah kereta bertembung lori treler

Keningau: Seorang pemandu berdepan detik cemas selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Sook-Nabawan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, pemandu Toyota Vigo berusia 54 tahun parah manakala pemain lori treler terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba dilokasi kejadian, pasukan bomba mendapati seorang mangsa lelaki yang memandu kereta Toyota Vigo berkenaan parah di lokasi kejadian.

“Pemandu kenderaan terbabit tersepit di bahagian pemandu sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,”katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebaik dikeluarkan, mangsa terus dihantar ke hospital menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 6.50 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|