Pemandu cedera, dua lori kemalangan

Pemandu cedera, dua lori kemalangan

Tuaran: Seorang pemandu lori tiga tan cedera selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lagi lori 10 tan di Jalan Nongkulud, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa lelaki berusia 39 tahun dilaporkan tersepit di tempat duduk hadapan manakala seorang lagi pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.19 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu lori tiga tan didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

“Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dan terus diberikan rawatan awal oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang dilaporkan dalam keadaan stabil kemudiannya dihantar ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan bomba seterusnya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 3.44 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|