Pegawai JPN didenda RM3,000

Pegawai JPN didenda RM3,000

Tawau: Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikenakan denda sebanyak RM3,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen Borang Daftar Kelahiran (Borang A) pada 2015.

Tertuduh, Ajid Abdinah, 44, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau, hari ini.

Menurut pertuduhan, tertuduh pada 20 April 2015 lalu di Pejabat JPN Lahad Datu dengan curangnya telah menggunakan
dokumen palsu sebagai tulin iaitu Borang Daftar Kelahiran (Borang A) atas nama Adrianna Alanni Binti Ajid (No Siri:SB 856750).

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 dan jika tertuduh gagal membayarnya boleh dikenakan penjara selama tiga bulan.

Prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa, Norsham Saharom dan tertuduh yang tidak diwakili peguam telah membayar denda yang dikenakan kepadanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|