Patah kaki jatuh dari jambatan roboh

Patah kaki jatuh dari jambatan roboh

Kota Kinabalu: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari jambatan dalam kejadian di Kampung Numbak, Sepanggar, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 38 tahun dilaporkan bersama tiga lagi penduduk kampung melalui jambatan berkenaan.

Keadaan jambatan yang roboh mengakibatkan mangsa terjatuh dalam kejadian di Kampung Numbak, Sepanggar. Pix Ihsan Bomba

Bagaimanapun, jambatan yang dipercayai rapuh itu dipercayai patah dan mengakibatkan semua mangsa terjatuh.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa patah kaki kanan dan terpaksa dibantu untuk naik semula ke atas jambatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah hari.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa menggunakan scoop stretcher.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pegawai perubatan sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 1.24 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|