Covid-19 Sabah: Jangkitan baharu turun lagi hari ini

Covid-19 Sabah: Jangkitan baharu turun lagi hari ini

Kota Kinabalu: Jangkitan harian Covid-19 di Sabah terus mencatat penurunan dengan 181 kes baharu direkodkan hari ini, berbanding 197 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata pengurangan 16 kes itu menunjukkan jangkitan di seluruh negeri semakin stabil dan terkawal.

Katanya, hanya enam daerah yang mencatat kes baharu dua angka dengan daerah Tuaran menjadi penyumbang utama dengan 35 kes baharu, diikuti Kota Kinabalu dengan 31 kes dan Penampang sebanyak 19 kes.

“Sebanyak tujuh daerah pula tidak mencatat sebarang kes baharu iaitu Beluran, Kinabatangan, Kunak, Nabawan, Pitas, Tongod dan Kalabakan,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Sementara itu, beliau berkata seramai 173 daripada 181 pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, mabakala seorang dalam Kategori 3, tiga orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 13 Disember 2021
Sabah 181 ( 197 )

Tuaran 35 (34)
Kota Kinabalu 31 (27)
Penampang 19 (19)
Kota Belud 15 (22)
Papar 14 (17)
Ranau 13 (22)
Putatan 9 (0)
Kota Marudu 8 (2)
Tenom 7 (5)
Kuala Penyu 6 (6)
Keningau 6 (8)
Tambunan 5 (5)
Kudat 4 (2)
Sandakan 3 (7)
Semporna 1 (0)
Telupid 1 (0)
Lahad Datu 1 (0)
Sipitang 1 (3)
Beaufort 1 (7)
Tawau 1 (3)
Beluran 0 (1)
Kinabatangan (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (5)
Pitas 0 (1)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 12 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|