Pasukan SAFA Pantai Barat Selatan terima sumbangan jersi

Pasukan SAFA Pantai Barat Selatan terima sumbangan jersi

Sipitang: Pasukan Bolasepak SAFA Zon Pantai Barat Selatan menerima sumbangan dua set jersi sebagai persiapan menghadapi Pertandingan Bolasepak Piala Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin antara zon peringkat negeri yang bermula esok.

Pengurus pasukan yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Sani Miasin selaku pengurus pasukan menerima sumbangan berkenaan daripada Pengarah Urusan Pemborong Sri Lukutan, Sipitang, Yeo Chien Lun, hari ini.

Pasukan Bolasepak Zon Pantai Barat yang mewakili SAFA Daerah Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Membakut bakal beraksi dalam Pertandingan Bolasepak Piala Presiden SAFA 2021 yang diadakan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 26 hingga 28 November 2021.

Sani mewakili pasukan itu mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang turut tampil membantu Pasukan Bolasepak Zon Pantai Barat, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yakob; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun; Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa; SBM Development Group; Noble Nautical Sdn Bhd; Hong Lai Development Sdn Bhd; Syarikat Kim Teck Chong dan JD Enterprise.

Turut hadir pada majlis penyerahan tajaan itu ialah Ketua Jurulatih, Abdullah Awang Adi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|