Pandemik Covid-19 lubuk rezeki penjual baju bercetak

Pandemik Covid-19 lubuk rezeki penjual baju bercetak

Semporna: Disebalik pandemik Covid-19 yang dianggap menimbulkan 1,001 masalah kepada kebanyakan masyarakat sejak tahun lalu.

Namun ia berbeza kepada seorang peniaga menjual baju bercetak yang menganggap program vaksinasi yang dilaksanakan di daerah ini sebagai lubuk rezeki baginya.

Bagi Muhamad Abdul Pasad, 42, menerusi program berkenaan, dia mampu meraih pendapatan menerusi jualan baju khas untuk penerima vaksin.

Muhamad berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan dia terpaksa mengambil inisiatif membuka ‘gerai’ jualan baju bercetak di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV).

Katanya, bergantung kepada trak yang dimilikinya dan hasil bantuan daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), perniagaan berkenaam memberi sinar pendapatan baru kepada dirinya.

“kini, saya giat berniaga menjual pakaian bercetak khas untuk penerima vaksin di PPV. Idea ini sebenarnya datang menerusi inisiatif UPPM Senalang yang membantu peniaga kecil.

“Saya mendapat ilham untuk menjual baju bercetak rekaan sendiri kepada penerima vaksin di setiap program pemberian vaksin di sekitar daerah ini,” katanya ketika ditemui pada Program Outreach Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bugaya, baru-baru ini.

Muhamad berkata, setakat ini sambutan yang diterima amat memberangsangkan kerana ramai yang memilih untuk menjadikan baju ini sebagai tanda kenangan pandemik Covid-19z

“Sepanjang tempoh empat hari berniaga di sini, saya dapat menjual sekitar 30 hingga 40 helai sehari dengan pendapatan keseluruhannya menjangkau sehingga RM2,000.

“Alhamdulillah, sambutan begitu memberangsangkan dan ia secara tidak langsung memberi semangat kepada penduduk untuk hadir ke PPV bagi mendapatkan vaksin,” katanya.

Muhamar yang berasal dari Kampung Menteritip bagaiamanapun berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tetap diambil berat terutama pelanggan yang datang ke traknya untuk memilih baju yang dijual.

“Saya sentiasa memastikan baju-baju yang dijual sentiasa disanitasi selain meminta pelanggan turut menggunakan cecair pembasmi kuman serta menjaga jarak ketika membeli.

“Saya harap peniaga lain tidak terlalu kecewa dan meneruskan perniagaan masing-masing dengan peluang yang ada. Pasti ada hikmahnya,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|