Outreach vaksinasi akan dipergiat: Shahelmey

Outreach vaksinasi akan dipergiat: Shahelmey

Putatan: Inisiatif mekanisme outreach yang dilancarkan oleh kerajaan negeri akan dipergiatkan dalam usaha mencapai 80 peratus komuniti kelompok.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya berkata, setakat 1 Jun lalu hingga ke hari ini, seramai 10,000 orang telah berjaya divaksin bagi kawasan pedalaman di seluruh negeri Sabah.

Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan telah menjalankan inisiatif outreach berkenaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini telah menjalankan sebanyak 14 program di seluruh Sabah.

Menurut beliau, kerajaan negeri dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia akan melaksanakan program Jiwa Murni dalam menyasarkan pemberian vaksin bagi penduduk kawasan pedalaman di seluruh Sabah.

“ATM juga telah membentangkan program outreach mereka yang akan diadakan dalam sebulan atau dua bulan daripada sekarang.

” Mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan vaksin yang hanya menggunakan satu dos”, kata.

Shahelmey berkata demikian selepas program menyerahkan bantuan bakul makanan di Kampung Duvanson, Putatan, hari ini.

Shahelmey (kanan sekali) melakukan tinjauan dalam program penyerahan bakul makanan di Kampung Duvanson, Putatan, hari ini.

Untuk rekod, program outreach Program Jiwa Murni (PJM) julung kali dijalankan di Long Pasia, Sipitang, pada Khamis lalu.

Sehingga hari ini, Sabah masih mencatatkan kadar pendaftaran vaksinasi terendah di seluruh Malaysia iaitu sebanyak 30.54 peratus.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|