Empat lokaliti di Sabah kena PKPD

Empat lokaliti di Sabah kena PKPD

Kota Kinabalu: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di empat lagi lokaliti di Sabah membabitkan Tawau dan Sandakan.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, arahan ini akan dikuatkuasakan mulai 27 Jun sehingga 10 Julai Depan.

“Dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih manakala di Sandakan iaitu Lorong 12, 15 dan 16 Taman Fajar serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tamab Murni.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan 12 kes positif di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut selepas 31 individu disaring.

“Kampung Baru Pasir Putih, sebanyak 50 ujian saringan dilakukan dan 10 daripadanya dilaporkan positif Covid-19,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah berkata, KKM turut mengesahkan bahawa trend kes meningkat dan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti-lokaliti berkenaan.

“Bagi situasi di Sandakan, berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam tempoh singkat apabila 17 kes positif direkodkan di Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar selepas 91 orang menjalani ujian saringan.

“Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni, 42 orang disaring dan 15 disahkan positif Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, terdapat 156 kes baharu yang dilaporkan hari ini, serta satu kes kematian direkodkan di Tawau.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|