Operasi Nyah Kuman ibu pejabat TTS

Operasi Nyah Kuman ibu pejabat TTS

Kota Kinabalu: Taman-Taman Sabah (TTS) akan menutup Ibu Pejabatnya di KK Times Square, di Jalan Coastal, di sini, untuk menjalankan operasi nyah kuman, esok.

Pengarah TTS Maklarin Lakim berkata, sepanjang tempoh berkenaan, pejabat TTS tidak akan dibuka kepada orang awam.

Katanya, tujuan pelaksanaan operasi ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi kuman.

“Tindakan itu diambil berikutan keadaan semasa peningkatan kes Covid-19 di negeri Sabah.

“Sebarang kesulitan yang dihadapi amat dikesali dan diharap penularan wabak Covid-19 dapat diatasi segera untuk kepentingan ramai,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|