Operasi hari keempat ditangguh seketika

Operasi hari keempat ditangguh seketika

Kota Kinabalu: Operasi pencarian yang dilakukan dengan menyusuri Sungai Likas sehingga Sungai Inanam, di sini, ditangguhkan seketika setakat jam 12.30 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, setakat ini, operasi mencari dan menyelamat itu gagal menemui mangsa, Simon Sange Tupe, 68, yang hilang dalam kejadian membabitkan Perodua Myvi di Sungai Kionsom, Jumaat lalu.

Selain itu, menurut maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa, operasi di lokasi lain juga yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan unit bomba lain turut belum menemui mangsa.

Difahamkan, operasi disambung semula pada jam 1.30 tengah hari nanti dengan memfokuskan tugasan dan lokasi masing-masing.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|