OMBAK buat persembahan catat rekod dalam The Malaysia Book Of Records

OMBAK buat persembahan catat rekod dalam The Malaysia Book Of Records

Kota Kinabalu: Persatuan Orkestra Muzik Bambu Tamparuli Sabah (OMBAK) bakal membuat persembahan secara langsung yang akan dicatat dalam The Malaysia Book Of Records pada 4 hingga 5 November ini.

Persembahan `Longest Non-Stop Facebook Live Broadcasting Talent Performance’ itu dimaklumkan pada kunjungan hormat ahli majlis tertinggi (AMT) OMBAK diketuai Timbalan Presidennya, Stanley Missun terhadap isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Kunjungan hormat itu diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri, di Rumah Yayasan Sabah, di sini, hari ini.

Selain untuk memaklumkan mengenai program OMBAK itu, kunjungan hormat berkenaan juga untuk menjemput isteri Ketua Menteri sebagai tetamu kehormat majlis berkenaan yang diadakan secara langsung menerusi laman Facebook.

Juliah turut merakamkan tahniah dan syabas kepada OMBAK atas inisiatif menganjurkan program itu sekali gus untuk dimasukkan dalam The Malaysia
Book Of Records.

“Program ini akan mempamerkan atau mempromosikan budaya kita di Sabah kepada seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Stanley berkata antara pengisian dalam program itu ialah persembahan muzikal bambu, bercerita, memasak dan gurindam.

“Program `Longest Non-Stop Facebook Live Broadcasting Talent Performance’ ini adalah anjuran OMBAK dengan Majlis Belia Sabah (MBM), bermula jam 2 petang pada 4 November ini,” katanya.

Yang turut hadir ialah AMT OMBAK iaitu Wendy Guntarik, Lotipa Kilus, Nazir Daniel dan Anita Adus.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|