Nelayan hilang dikhuatiri lemas

Nelayan hilang dikhuatiri lemas

Papar: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas hilang ketika keluar menangkap ikan di kawasan Pantai Beringgis, Kampung Beringgis, di sini, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Halid Bidin, 33, dikatakan turun ke laut sejak petang namun tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam.

Difahamkan, penduduk kampung yang menyedari kehilangannya cuba mencari mangsa namun hanya menemui bot milik lelaki terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.40 malam.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama jentera serta lori tangki dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung bagi mengenalpasti identiti mangsa yang hilang.

“Sebaik maklumat diperolehi, pasukan operasi terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan kaedah pencarian ‘surface rescue’,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, sehingga kini, mangsa masih gagal ditemui dan operasi pencarian diteruskan di kawasan sekitar mangsa dilaporkan hilang dan lokasi penemuan bot.

Katanya, maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|