Diplomat, ekspatriat dan tanggungan boleh masuk Sabah tanpa kebenaran khas – Masidi

Diplomat, ekspatriat dan tanggungan boleh masuk Sabah tanpa kebenaran khas – Masidi

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri membenarkan diplomat asing dan ekspatriat serta tanggungan masing-masing yang bermastautin di Semenanjung, Sarawak dan Labuan untuk merentas negeri ke Sabah tanpa perlu mendapatkan Kelulusan Khas Masuk.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kebenaran untuk lawatan sosial itu hanya memerlukan golongan terbabit memiliki pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh.

“Selain itu, kerajaan turut membenarkan pemegang MyPR bukan Sabah Kad Permit Masuk dan Endosmen Permit Masuk dalam Pasport yang sedang bermastautin di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan masuk ke Sabah bagi lawatan sosial tanpa memerlukan Kelulusan Khas Masuk.

“Golongan ini wajib mengemukakan pasport ketika pemeriksaan imigresen di pintu-pintu masuk Sabah,” dalam satu kenyataan susulan kebenaran rentas negeri ke Sabah bermula 1 November.

Menerusi kebenaran itu, individu warga negara dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan dibenarkan masuk ke Sabah tanpa perlu lagi mendapatkan permit polis dan menjalani kuarantin apabila tiba di negeri ini.

Semua individu hanya perlu lengkap vaksin Covid-19 dan negatif saringan virus berkenaan dalam tempoh tiga hari sebelum berlepas ke Sabah.

Hanya individu atau pengembara dari luar negara yang baru tiba di pintu masuk antarabangsa negeri ini diwajibkan menjalani kuarantin iaitu tujuh hari bagi yang lengkap vaksin dan 10 hari bagi yang belum lengkap.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|