Nafi ramai terjangkit Covid-19

Nafi ramai terjangkit Covid-19

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menafikan dakwaan khabar angin bahawa ramai anggota dan pegawai polis di negeri ini dan Labuan dijangkiti Covid-19.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, untuk rekod setakat ini hanya 15 anggota yang dikesan positif Covid-19.

“Jumlah itu amat kecil berbanding selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini yang mencecah lebih 100 anggota dan pegawai positif.

“Itu hanya khabar angin, untuk Sabah dan Labuan ketika ini cuma 15 orang yang positif Covid-19,” katanya kepada media selepas lawatan Ketua Menteri Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pemberian vaksin dalam kalangan anggota dan pegawai, beliau berkata, jumlah berkenaan sudah mencecah hampir 85 peratus.

Katanya, ia membabitkan lebih 8,000 anggota dan pegawai yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|