Myvi hanyut, kereta dan seorang mangsa ditemui

Myvi hanyut, kereta dan seorang mangsa ditemui

Kota Kinabalu: Kereta Perodua Myvi dan seorang daripada mangsa berjaya ditemui di dalam sungai di Kampung Sinulihan, Jalan Dambai, Inanam, di sini, pagi tadi.

Kenderaan berkenaan ditemui pada jam 7.20 pagi, kira-kira 200 meter daripada lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, setakat ini, mayat salah seorang mangsa masih berada di dalam kenderaan berkenaan.

Katanya, pasukan penyelam bomba dapat memegang bahu dan kepala mangsa namun masih sukar untuk dibawa keluar.

“Pasukan bomba masih berusaha untuk membawa keluar mangsa daripada kenderaan berkenaan.

“Selain itu, operasi turut dijalankan bagi mencari seorang lagi mangsa yang dilaporkan dalam kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, menurut laporan, dua mangsa yang berada di dalam kenderaan dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, iaitu pemandu dan penumpang Juning, 30 tahun.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|