MyFundAction sumbang 50 pek ‘Rezeki Ummat’ kepada anggota, pesara bomba

MyFundAction sumbang 50 pek ‘Rezeki Ummat’ kepada anggota, pesara bomba

Kota Kinabalu: MyFundAction menyumbangkan 50 pek sumbangan ‘Rezeki Ummat’ untuk diagihkan kepada pesara dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Pengarah JBPM Sabah, Md Ali Ismail berkata, melalui Biro kebajikan JBPM, seramai 39 penerima sumbangan Rezeki Ummat yang berjaya dikumpul.

Katanya, seramai 13 penerima terdiri daripada pesara bomba terpilih manakala selebihnya adalah anggota bomba yang masih berkhidmat dan mengalami musibah termasuklah musibah bencana ataupun diserang penyakit.

“Pada peringkat awal, semua penama pesara bomba yang disenaraikan adalah sebanyak 45 pesara.

“Ini termasuk beberapa balu yang kehilangan tempat bergantung selepas anggota bomba atau pasangan mereka meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan
Rezeki Ummat daripada
MyFundAction Kepada Pegawai – Pegawai Bomba di Ibu Pejabat JBPM Sabah, Lintas, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah JBPM Sabah Farhan Sufyan Borhan dan pengurus MyFundAction Nur Faizatul Akhmar Noor.

Md Ali berkata, beberapa kriteria pemilihan dibentuk untuk mengimbangi penerima yang masih berkhidmat dengan jabatan.

“Penerima-penerima ini datangnya daripada seluruh sabah. Bagaimanapun, untuk penerima kali ini, JBPM hanya dapat memanggil penerima yang tinggal berdekatan saja berikutan faktor jarak.

“Penerima yang lain akan disampaikan menerusi ketua zon sewaktu karnival Sukan Interzon Bomba 2021 yang akan dijalankan minggu depan,” katanya.

Sementara itu, Md Ali berkata, bagi penerima pesara yang tinggal diluar kawasan kota kinabalu ini, sumbangan diserahkan melalui Persatuan Bekas Bomba dan Penyelamat Sabah.

Katanya, pihak berharap kerjasama ini tidak la terhenti di sini dan ia akan berterusan dari semasa ke semasa.

“Kita harap program ini dapat diteruskan menerusi biro kebajikan JBPM Negeri Sabah yang diterajui Timbalan Pengarah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|