Penampang: Seorang lelaki nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbakar dalam kejadian di Jalan Sugut, Taman Maang, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 4.35 petang itu, mangsa berusia 45 tahun itu dikatakan dalam perjalanan menuruni bukit sebelum menyedari bahang api di bahagian belakang motosikalnya.
Mangsa yang terkejut terus memberhentikan kenderaan untuk melakukan pemeriksaan sebelum menyedari mula marak membakar motosikalnnya.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.37 petang.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bomba dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, operasi memadam api kebakaran terus dijalankan menggunakan satu aliran air sehingga api padam sepenuhnya.
“Tiada mangsa yang terbabit atau kecederaan dilaporan dalam insiden ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Affendy berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.58 petang dan siasatan lanjut berhubung punca kebakaran masih dalam siasatan.
– Deasoka