MOTAC diminta bantu rancakkan semula pelancongan Sabah

MOTAC diminta bantu rancakkan semula pelancongan Sabah

Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta supaya membantu Sabah merancakkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penggiat industri pelancongan di Sabah amat terkesan dengan pandemik Covid-19.

Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Santhara di kediaman rasminya di Sri Gaya, Kota Kinabalu.

“Selain Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), kita mahu MOTAC membantu merancakkan dan memulihkan semula industri pelancongan di negeri ini.

“Ini termasuklah pengusaha pelancongan berasaskan komuniti yang memerlukan sokongan untuk membantu memulihkan aktiviti selepas terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri MOTAC, Datuk Seri Dr Santhara Kumar di kediaman rasminya di Sri Gaya, di sini, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu memastikan sektor pelancongan kembali rancak dan menjadi sebagai salah satu penyumbang utama pendapatan negeri.

Sebelum itu, dalam kunjungan hormat itu Hajiji turut diberi taklimat berhubung peranan dan fungsi agensi MOTAC di Sabah oleh Santhara serta pegawai di bawah kementerian berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|