Mayat terapung ditemui

Mayat terapung ditemui

Lahad Datu: Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung di sekitar perairan pantai Payang di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Atan Henry berusia 20-an, ditemui orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa menerusi MERS999 bagi mendapatkan bantuan segera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.28 malam.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan Bomba terus menjalankan operasi mengangkat mangsa keluar daripada tebing laut.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 12.31 tengah malam selepas tiada lagi kemerbahayaan lain dikesan di lokasi penemuan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|