Mayat lelaki ditemui.

Mayat lelaki ditemui.

Labuan: Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan paya bakau, SK 33, Kampung Sungai Keling, di sini, semalam.

Mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 2.30 petang oleh orang awam sebelum menghubungi pasukan polis untuk mendapatkan bantuan segera.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Ahmad Jawila berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mayat berkenaan didapati sedang terapung dalam keadaan mereput dan disyaki seorang lelaki berdasarkan rupa fizikal.
 
“Setakat ini, pihak polis mengklasifikasi kes sebagai laporan kes kematian mengejut (SDR) sehinggalah laporan bedah siasat diperolehi.

“Mayat mangsa kini berada di Unit Forensik Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
 
Jawila berkata, setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan mana-mana orang atau ahli keluarga.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminya segera tampil menyalurkan maklumat kepada balai polis yang berdekatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|