Mayat kanak-kanak hilang ditemui

Mayat kanak-kanak hilang ditemui

Tawau: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar dengan ibunya di sungai Kampung Kuala Apas, di sini, semalam, ditemui lemas tengah hari tadi.

Mayat mangsa berusia dua tahun dijumpai pasukan bomba pada jam 12.25 tengah hari ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 9.11 malam tadi.

Katanya, pasukan bomba membuat operasi pencarian di kawasan kejadian pada radius pencarian kira-kira satu kilometer dari kawasan mangsa dipercayai hilang.

“Hasil operasi SAR menggunakan bot orang kampung, pasukan bomba berjaya menemui mangsa jam 12.25 tengah hari dan disyaki telah meninggal dunia.

“Hasil pengecaman oleh ahli keluarga didapati mangsa adalah benar seperti dilaporkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Susulan itu, operasi SAR ditamatkan pada jam 12.54 tengah hari tadi dan operasi SAR membabitkan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau.

“Operasi itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasulan Gerakan Am (PGA) Angkatan Pertahahan Awam Malaysia (APM) dan orang awam,” katanya.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|