Mayat bayi ditinggalkan bersama nota dalam beg plastik

Mayat bayi ditinggalkan bersama nota dalam beg plastik

Penampang: “Tolong telefon polis atau imam.”

Demikian antara kandungan nota ditemui bersama mayat bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam beg plastik di bangunan Bundusan Commercial Centre, di sini, hari ini.

Bayi yang masih bertali pusat dan berbalut sehelai kain berwarna merah itu ditemui di atas anak tangga oleh pekerja pembersihan kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Turut ditinggalkan bersama bayi terbabit sekeping nota yang bertulis ‘tolong telefon polis atau imam’.

Mayat bayi lelaki ditemui di Penampang.

Pekerja pembersihan yang enggan dikenali berkata, dia menyedari terdapat satu lipatan kain itu yang ditinggalkan di tangga berkenaan ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.

Bagaimanapun katanya, tanpa menyangka sebarang perkara buruk, dia meneruskan tugasan hariannya di tingkat atas bangunan berkenaan.

“Ketika turun di tangga berkenaan, saya melihat kain itu masih berada di anak tangga itu sebelum menyedari sekeping nota ditinggalkan.

“Ragu-ragu dengan perkara itu, saya terus memberitahu rakan lain yang kemudiannya menghubungi polis,” katanya ketika ditemui.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan Unit Forensik IPK Sabah, turut berada di lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|