Mari capai komuniti kelompok: Salleh

Mari capai komuniti kelompok: Salleh

Kota Belud: Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru masyarakat setempat di Kota Belud untuk terus berdaftar imunisasi vaksin.

Beliau berkata, langkah itu penting dalam memastikan hasrat komuniti kelompok di daerah itu berjaya dicapai bagi mengekang penularan Covid-19.

“Saya menyeru kepada masyarakat Kota Belud yang masih belum mendaftar untuk vaksinasi untuk berbuat demikian.

Datuk Seri Salleh diiringi oleh Ketua Penyelaras PICK Kota Belud, Dr. Alham bin Abdul Rahim di Dewan Tun Said.

“Langkah ini supaya kita segera mencapai imuniti kelompok dan meneruskan perjuangan kita melawan wabak Covid-19,” katanya.

Jelas Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu, keadaan semasa Covid-19 di Kota Belud masih berada dalam tahap membimbangkan.

“Pagi tadi saya sempat singgah di Dewan Tun Said di Kota Belud untuk melihat sendiri program vaksinasi Covid-19 yang dilaksanakan di sini.

“Saya turut sempat berbual dengan masyarakat setempat dan menasihati mereka agar segera mendapatkan vaksinasi dan tidak merasa bimbang kerana vaksinasi Covid-19 adalah selamat.

” Saya turut mendapatkan maklumat daripada pegawai-pegawai perubatan yang terlibat tentang keadaan Covid-19 di Kota Belud, di mana kita masih lagi berada pada tahap yang membimbangkan,” katanya.

Tambah beliau, semua pihak di daerah itu perlu meningkatkan kesedaran terutamanya kepentingan mengambil vaksin.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|