Maqis Labuan tahan kontena berisi 25,200 kilogram ayam sejuk beku

Maqis Labuan tahan kontena berisi 25,200 kilogram ayam sejuk beku

Labuan: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Labuan menahan sebuah kontena yang membawa 25,200 kilogram ayam sejuk beku dari Denmark.

Produk hasilan haiwan bernilai RM246,400 itu yang dibawa masuk menggunakan sebuah kontena ditahan di Pelabuhan Dermaga dan Merdeka, di sini, pada 30 Jun lalu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Maqis Labuan berkata, penahanan produk hasilan haiwan adalah untuk menjalankan siasatan lanjut oleh pihak pejabat Maqis Labuan.

Kontena yang digunakan untuk mengangkut produk hasil haiwan.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan pegawai penguatkuasa pejabat Maqis Labuan mendapati produk hasilan haiwan yang dikemukakan dengan Permit Import sudah tamat tempoh.

“Kegagalan pengimportan keluaran pertanian tanpa Permit Import yang sah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011(Akta 728).

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM100,000.00 atau penjara tidak lebih 6 tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Produk hasilan haiwan iaitu keratan ayam sejukbeku bersama label pada kotak bungkusan.

Justeru itu, pihak Maqis mengingatkan kepada pengimport dan pengeksport supaya lebih peka dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, ia bagi memastikan keselamatan makanan di negara ini terjamin dan selamat.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|